PENGENALAN




Definisi Kata Ganda  adalah kata yang mengalami proses pengulangan dan akan terbentuklah kata ganda.
1.      Proses pengulangan ini berlaku dalam 2 cara iaitu :  Yang melibatkan seluruh kata dasar.  Sebagai contohnya daun-daun, baik-baik dan tiap-tiap.  Yang melibatkan sebahagian kata dasar sahaja Sebagai contohnya sesungut, jejantas, dan lelangit.
2.      Semua golongan kata yang terdiri dari kata nama, kata kerja dan kata adjektif dapat dijadikan sebagai kata ganda, namun secara umumnya kata ganda banyak melibatkan golongan kata nama
Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.
Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam  perkataan tersebut.
          Kata ganda terdiri daripada:
          (a) kata ganda seluruh;
          (b) kata ganda semu;
          (c) kata ganda separa;
          (d) kata ganda bersajak atau berima;
          (e) kata ganda berimbuhan.

 Terdapat Empat jenis Kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling