PENGENALAN




Definisi Kata Ganda  adalah kata yang mengalami proses pengulangan dan akan terbentuklah kata ganda.
1.      Proses pengulangan ini berlaku dalam 2 cara iaitu :  Yang melibatkan seluruh kata dasar.  Sebagai contohnya daun-daun, baik-baik dan tiap-tiap.  Yang melibatkan sebahagian kata dasar sahaja Sebagai contohnya sesungut, jejantas, dan lelangit.
2.      Semua golongan kata yang terdiri dari kata nama, kata kerja dan kata adjektif dapat dijadikan sebagai kata ganda, namun secara umumnya kata ganda banyak melibatkan golongan kata nama
Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.
Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam  perkataan tersebut.
          Kata ganda terdiri daripada:
          (a) kata ganda seluruh;
          (b) kata ganda semu;
          (c) kata ganda separa;
          (d) kata ganda bersajak atau berima;
          (e) kata ganda berimbuhan.

 Terdapat Empat jenis Kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling



Kesalahan Penggunaan Kata Ganda


Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan Kesalahan Penggunaan Kata Ganda   seperti yang berikut:-
1.      Kesalahan meletakkan tanda sempang ( - ) bagi kata ganda separa.
Contoh:
a.       Ke- kisi tingkap itu masih kukuh. (X)
b.      Kekisi tingkap itu masih kukuh. (√)

2.      Kesalahan mengulangi/menggandakan frasa nama setara untuk menunjukkan makna jamak. Contoh: 
a.       Periuk-periuk belanga itu kelihatan seperti baru setelah digilap. (X)
b.      Periuk- belanga itu kelihatan seperti baru setelah digilap. (√)

3.      Kesalahan menggandakan kata nama dalam ayat apabila kata adjektifnya telah digandakan. Contoh:
a.       Baju-baju itu besar-besar belaka. (X)
b.      Baju itu besar-besar belaka. (√)

4.      Kesalahan menyertakan katasal i ng kepada kata ganda menyaling dalam ayat.
Contoh:
a.        Mereka saling caci-mencaci. (X)
b.      Mereka caci -mencaci. (√)

5.      Kesalahan menyertakan kata penguat kepada kata ganda berima untuk menyatakan maksud darjah tertinggi.
            Contoh:
a.       Mary ditegur oleh Cikgu Yati kerana rambutnya kelihatan sangat kusut-masai. (X)
b.      Mary ditegur oleh Cikgu Yati kerana rambutnya kelihatan kusut -masai. (√)
c.       Sayur itu kelihatan sungguh segar-bugar. (X)
d.      Sayur itu kelihatan segar-bugar. (√)

6.      Kesalahan menyertakan kata bilangan kepada kata ganda berima yang kata dasarnya terdiri   daripada kata nama.
            Contoh:
a.       Semua kuih-muih itu dijualnya di pasar malam. (X)
b.      Kuih-muih itu dijualnya di pasar malam. (√)

Video tentang Kata Ganda

Kata Ganda Berimbuhan


Kata Ganda Berimbuhan
 Kata Ganda Berimbuhan ialah kata ganda yang ditambah dengan imbuhan, sama ada yang berupa awalan, akhiran, apitan atau sisipan.
Kata Ganda Berimbuhan ini diberi tanda sempang (-).
Contoh:
Awalan    :    tercari-cari, berjam-jam, ketujuh-tujuh, melambai-lambai, tersipu-sipu, tertanya- Tanya
 Akhiran   :    buah-buahan, gali-galian, ulam-ulaman, sayur-sayuran, biji-bijian, mati-matian, kenang-kenangan
 Apitan   :    bersalam-salaman, bercakar-cakaran, keanak-anakan, kebiru-biruan, sekecil-kecilnya Sisipan    awan-kemawan, tikam-menikam, tilik-menilik, tulis-menulis, usik-mengusik, ukir- mengukir

Kata Ganda Berimbuhan terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut:
 A.  Kata Ganda Berimbuhan (kata nama)
      Contoh   :    anak-anakan, orang-orangan, buah-buahan, rumah-rumahan, daun-daunan   ,tumbuh-tumbuhan.

B   Kata Ganti Berimbuhan (kata adjektif)
     Contoh   :    mudah-mudahan hidup-hidupan mati-matian masam-masaman manis-manisan   besar-besaran

C. Kata Ganda Berimbuhan (kata kerja)
     Contoh   :    umpat-umpatan, tumbuk-menumbuk, tuduh-menuduh ,caci-mencaci, keji-mengeji, ukur-mengukur.

D. Kata Ganda Berimbuhan (kata keterangan)
     Contoh   :    sebaiknya sesungguhnya seboleh-bolehnya seharusnya sedapat-dapatnya   selewat-  lewatnya

 Contoh penggunaan Kata Ganda Berimbuhan dalam ayat:
1.      Abu berangan-angan hendak menjadi seorang juruterbang.
2.      Pak Haji Ali bercadang untuk mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya itu secara besar-besaran.
3.      Ah Keong bermati -matian tidak mahu mengakui kesilapannya itu.
4.      Sikap bantu-membantu perlu diamalkan dalam masyarakat.
5.      Seelok-eloknya kita merancang perbelanjaan pada setiap bulan,” kata Aida kepada Ruby


• Apabila Kata Ganda Berimbuhan yang digunakan dalam ayat telah sedia menyatakan makna berulang- ulang, maka kata berkali- kali atau berulang- ulang tidak boleh digunakan selepas kata ganda berimbuhan itu.
 Contoh:
1.
a.       Adik melambai -lambaikan tangannya berkali -kali sebelum dia menaiki pesawat itu.(X)            
b.      Adik melambai -lambaikan tangannya sebelum dia menaiki pesawat itu. (√) 

• Sekiranya Kata Ganda Berimbuhan yang digunakan dalam ayat sudah menyatakan maksud
menyaling, maka kata saling tidak perlu lagi.
Contoh:
1.      Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling potong-memotong. (X)
2.      Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu potong-memotong. (√)
3.      Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling -memotong. (√)

Kata Ganda Bersajak/Berima


1.       Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.

Contohnya:
(a)      Persamaan bunyi di pangkal   :  lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.
(b)     Persamaan bunyi di hujung   :   karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
(c)      Penyesuaian bunyi seluruhnya   :   compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan    sebagainya.

Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima

Persamaan Bunyi           
di Pangkal
Persamaan Bunyi
di Hujung
Penyesuaian bunyi
Seluruhnya
batu-batan
anak-pinak
bolak-batik
beli-belah
calar-balar
compang-camping
bengkang-bengkok
cerai-berai
dolak-dalik
corat-coret
comot-momot
gopoh-gapah
degap-degup
gotong-royong
gunung-ganang
dentam-dentum
karut-marut
haru-biru
desas-Jesus
kaya-raya
huru-hara
gembar-gembur
kuih-muih
huyung-hayang
gerak-geri
pindah-randah
kacau-bilau



Gandaan Berirama
1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal.
2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.

Contohnya :
lauk-pauk
batu-bata
saudara-mara
bukit-bukau
kacau-bilau
tunggang-langgang
tanah-tanih
semak-samun
bengkang-bengkok
gelap-gelita

Contoh penggunaan kata ganda bersajak/berima dalam ayat:
1.Mereka beroleh ubat -ubatan itu dari bukit yang berhampiran.
2.Desas- desus mengatakan bahawa pengarah syarikat itu akan meletakkan jawatannya dalam syarikatberkenaan.
3.Mulut Tok bomoh itu kumat -kamit membaca jampi serapah.
4.Pihak berkuasa terus memburu saki -baki komunis yang masih bersembunyi di dalam hutan di
negara ini.
 5.Dalam keadaan kelam-kabut itu ayah terlupa untuk membawa telefon bimbitnya.

Senarai kata ganda bersajak/berima.
A.  Kata ganda bersajak (kata nama)
Contoh   :    anak-pinak, gunung-ganang, awan-gemawan, sayur-mayur, lauk-pauk, rempah-ratus, kuih-muih, kayu-kayan, semak-samun, bukit-bukau, sampah-sarap, tali-temali.

B   Kata ganda bersajak (kata adjektif)
 Contoh   :   gilang-gemilang, lekak-lekuk, kusut-masai, porak-peranda, segar-bugar, ramah-tamah, serba-serbih, riuh-rendah. terang-benderang, karut-marut, licin-licau, gundah-gulana.

A.    Kata ganda bersajak (kata kerja)
Contoh   :    bolak-balik, ayun-temayun, corat-coret, huru-hara, kacau-bilau, kicak-kicau, kicang-kecok, lenggang-lenggok, susup-sasap ,beli-belah.

B.     Kata ganda bersajak (kata keterangan)
Contoh   :   lambat-laun, pontang-panting, lintang-kedak, serta-merta, lintang-pukang, tunggang-langgang.

Kata ganda bersajak/berima yang telah sedia membawa makna sangat atau paling, maka kata penguat tidak noleh digunakan lagi bagi menguatkan maksud kata ganda bersajak atau berima itu.
Contoh:
1.a)Lantai bilik air itu sangat licin-licau. (X)
   b)Lantai bilik air itu licin-liciu. (√)
   c)Lantai bilik air itu sangat licin. (√)

2.a)Rambut orang gila itu sangat kusut-masai. (X)
   b)Rambut orang gila itu kusut -masai. (√)
   c)Rambut orang gila itu sangat kusut. (√)

Gandaan Menyalin


Gandaan Menyalin
1.                            Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan.
2.                            Perkataan keduanya ditambah me ( N )
contohnya :
tahu-menahu
tolong-menolong
jahit-menjahit
tarik-menarik
kejar-mengejar
sulam-menyulam
tawar-menawar
kata-mengata
sepak-menyepak
karang-mengarang
tari-menari
tangis-menangis
rampas-merampas
tumbuk-menumbuk
simpan-menyimpan