Kata
Ganda Berimbuhan
Kata
Ganda Berimbuhan ialah kata ganda yang ditambah dengan imbuhan, sama ada yang
berupa awalan, akhiran, apitan atau sisipan.
Kata
Ganda Berimbuhan ini diberi tanda sempang (-).
Contoh:
Awalan :
tercari-cari, berjam-jam, ketujuh-tujuh, melambai-lambai, tersipu-sipu,
tertanya- Tanya
Akhiran
: buah-buahan, gali-galian, ulam-ulaman, sayur-sayuran,
biji-bijian, mati-matian, kenang-kenangan
Apitan
: bersalam-salaman, bercakar-cakaran, keanak-anakan,
kebiru-biruan, sekecil-kecilnya Sisipan awan-kemawan,
tikam-menikam, tilik-menilik, tulis-menulis, usik-mengusik, ukir- mengukir
Kata
Ganda Berimbuhan terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut:
A.
Kata Ganda Berimbuhan (kata nama)
Contoh :
anak-anakan, orang-orangan, buah-buahan, rumah-rumahan, daun-daunan
,tumbuh-tumbuhan.
B
Kata Ganti Berimbuhan (kata adjektif)
Contoh :
mudah-mudahan hidup-hidupan mati-matian masam-masaman manis-manisan
besar-besaran
C. Kata
Ganda Berimbuhan (kata kerja)
Contoh : umpat-umpatan, tumbuk-menumbuk, tuduh-menuduh
,caci-mencaci, keji-mengeji, ukur-mengukur.
D. Kata
Ganda Berimbuhan (kata keterangan)
Contoh : sebaiknya sesungguhnya
seboleh-bolehnya seharusnya sedapat-dapatnya selewat- lewatnya
Contoh
penggunaan Kata Ganda Berimbuhan dalam ayat:
1. Abu berangan-angan hendak
menjadi seorang juruterbang.
2. Pak Haji Ali bercadang
untuk mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya itu secara besar-besaran.
3. Ah Keong bermati
-matian tidak mahu mengakui kesilapannya itu.
4. Sikap bantu-membantu perlu
diamalkan dalam masyarakat.
5. “Seelok-eloknya kita
merancang perbelanjaan pada setiap bulan,” kata Aida kepada Ruby
• Apabila
Kata Ganda Berimbuhan yang digunakan dalam ayat telah sedia menyatakan makna
berulang- ulang, maka kata berkali- kali atau berulang- ulang tidak boleh
digunakan selepas kata ganda berimbuhan itu.
Contoh:
1.
a. Adik melambai
-lambaikan tangannya berkali -kali sebelum dia menaiki pesawat itu.(X)
b. Adik melambai
-lambaikan tangannya sebelum dia menaiki pesawat itu. (√)
•
Sekiranya Kata Ganda Berimbuhan yang digunakan dalam ayat sudah menyatakan
maksud
menyaling,
maka kata saling tidak perlu lagi.
Contoh:
1. Kedua-dua orang pemandu
kereta lumba itu saling potong-memotong. (X)
2. Kedua-dua orang pemandu
kereta lumba itu potong-memotong. (√)
3. Kedua-dua orang pemandu
kereta lumba itu saling -memotong. (√)
mengamat
ReplyDeletehabis
ReplyDeleteMemasak-masak atau masak-memasak dan mengapa
ReplyDeleteMendayu-dayu
ReplyDeleteMeronta-ronta
ReplyDeleteHamidah binti mat Rodzi
ReplyDeleteSepandai-pandai
ReplyDeleteMuhammad Alif adnan bin Mohamad Zuki
ReplyDeleteMelompat-lompat(Muhammad Alif adnan bin Mohamad Zuki)
ReplyDeleteBermandi-manda(Muhammad Alif adnan bin Mohamad Zuki)
ReplyDelete