Kata Ganda Separa


1.       Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
2.       Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.

Gandaan Separa/  Separuh

1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya.
2. Hanya diambil hujung perkataan itu.

Contohnya :
lelaki
bebola
lelabah
pepohon
jejari
kekuda
jejentik
kekabu
dedaun
kekisi


Senarai Kata Ganda Separa
Bebawang ,bebenang,bebudak,cecair,dedalu,dedaun,dedawai,gegendang,geguli,jejari
Jejarum, jejentik, kekabu, kekisi,kekunci, kekuda, lelaki,lelangit,lelayang, pepejal ,pepijat, pepenjuru ,rerambut ,sesiku, sesungut ,tetamu, tetangga.



Contoh penggunan kata ganda separa dalam ayat:
1.Kekotak itu disusun dengan rapi sekali.
2.Peparu wanita itu berair.
3.Bebuluh itu dibelah un tuk dibuat lantai rumah.
4. Ibu suka makan bebotok.
5.Laluan masuk ke gua batu itu dipenuhi dengan sarang lelabah,

• Kata ganda separa ada yang menyatakan maksud tunggal dan ada yang menyatakan maksud bilangan banyak/jamak

Perhatikan penerangan yang berikut.
A.    Kata Ganda Separa (maksud bilangan tunggal)
      Contoh: oneng-oneng, tetamu, kekuda, tetulang, jejentik, sesiku, kekabu, sesendi, tetupai, lelayang.

B.     Kata ganda separa (maksud bilangan jamak/banyak)
Contoh :  lelada  dedahan, kekotak, jejari, jejala, pepohon, dedaun, bebuluh,

• Dalam penulisan, kata ganda separa tidak memerlukan tanda sempang ( - ).
 Contoh: le-laki (X) ke-kura (X)
                lelaki (√)   kekura (√)

• Kata bilangan tidak boleh digunakan kepada kata ganda separa yang telah sedia membawa      makna jamak.
 Contoh:
 1.a)Beberapa helai dedaun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (X)
           b)Dedaun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (√)
           c)Beberapa helai daun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (√)

     • Kata bilangan boleh digunakan kepada kata ganda separa yang menyertakan makna tunggal                    atau satu.
      Contoh:
1.Tiga ekor lelabi itu mati di dalam air sungai yang telah tercemar itu.
2.Lima ekor pepijat merayap di atas tilamnya.

No comments:

Post a Comment