1. Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.
Contohnya:
(a) Persamaan bunyi di pangkal : lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.
(b) Persamaan bunyi di hujung : karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
(c) Penyesuaian bunyi seluruhnya : compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.
Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima
Persamaan Bunyi di Pangkal | Persamaan Bunyi di Hujung | Penyesuaian bunyi Seluruhnya |
batu-batan | anak-pinak | bolak-batik |
beli-belah | calar-balar | compang-camping |
bengkang-bengkok | cerai-berai | dolak-dalik |
corat-coret | comot-momot | gopoh-gapah |
degap-degup | gotong-royong | gunung-ganang |
dentam-dentum | karut-marut | haru-biru |
desas-Jesus | kaya-raya | huru-hara |
gembar-gembur | kuih-muih | huyung-hayang |
gerak-geri | pindah-randah | kacau-bilau |
Gandaan Berirama
1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal.
2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.
Contohnya :
lauk-pauk | batu-bata | saudara-mara | bukit-bukau | kacau-bilau |
tunggang-langgang | tanah-tanih | semak-samun | bengkang-bengkok | gelap-gelita |
Contoh penggunaan kata ganda bersajak/berima dalam ayat:
1.Mereka beroleh ubat -ubatan itu dari bukit yang berhampiran.
2.Desas- desus mengatakan bahawa pengarah syarikat itu akan meletakkan jawatannya dalam syarikatberkenaan.
3.Mulut Tok bomoh itu kumat -kamit membaca jampi serapah.
4.Pihak berkuasa terus memburu saki -baki komunis yang masih bersembunyi di dalam hutan di
negara ini.
5.Dalam keadaan kelam-kabut itu ayah terlupa untuk membawa telefon bimbitnya.
Senarai kata ganda bersajak/berima.
A. Kata ganda bersajak (kata nama)
Contoh : anak-pinak, gunung-ganang, awan-gemawan, sayur-mayur, lauk-pauk, rempah-ratus, kuih-muih, kayu-kayan, semak-samun, bukit-bukau, sampah-sarap, tali-temali.
B Kata ganda bersajak (kata adjektif)
Contoh : gilang-gemilang, lekak-lekuk, kusut-masai, porak-peranda, segar-bugar, ramah-tamah, serba-serbih, riuh-rendah. terang-benderang, karut-marut, licin-licau, gundah-gulana.
A. Kata ganda bersajak (kata kerja)
Contoh : bolak-balik, ayun-temayun, corat-coret, huru-hara, kacau-bilau, kicak-kicau, kicang-kecok, lenggang-lenggok, susup-sasap ,beli-belah.
B. Kata ganda bersajak (kata keterangan)
Contoh : lambat-laun, pontang-panting, lintang-kedak, serta-merta, lintang-pukang, tunggang-langgang.
Kata ganda bersajak/berima yang telah sedia membawa makna sangat atau paling, maka kata penguat tidak noleh digunakan lagi bagi menguatkan maksud kata ganda bersajak atau berima itu.
Contoh:
1.a)Lantai bilik air itu sangat licin-licau. (X)
b)Lantai bilik air itu licin-liciu. (√)
c)Lantai bilik air itu sangat licin. (√)
b)Lantai bilik air itu licin-liciu. (√)
c)Lantai bilik air itu sangat licin. (√)
2.a)Rambut orang gila itu sangat kusut-masai. (X)
b)Rambut orang gila itu kusut -masai. (√)
c)Rambut orang gila itu sangat kusut. (√)
b)Rambut orang gila itu kusut -masai. (√)
c)Rambut orang gila itu sangat kusut. (√)
Slm cikgu,
ReplyDeleteSaya dapati beberapa blog (semua oleh cikgu/guru) memerihalkan perkara yang sama berhubung penggolongan kata berima/berirama/bersajak/berentak ini, yang saya dapati tidak seragam dengan Tatabahasa Dewan terbitan DBP. Saya tertanya-tanya - adakah ini modul dalam silibus di ILP dan UPSI?
Salam, apakah kata ganda untuk lekat? adakah melekat-lekit atau melekit-lekit?
ReplyDeleteApakah kamus atau buku bahasa yang boleh saya rujuk untuk kata ganda berdasarkan kata dasar tertentu?