Dalam
penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan Kesalahan
Penggunaan Kata Ganda seperti yang berikut:-
1. Kesalahan meletakkan tanda
sempang ( - ) bagi kata ganda separa.
Contoh:
a. Ke- kisi tingkap itu masih
kukuh. (X)
b. Kekisi tingkap itu masih kukuh.
(√)
2. Kesalahan
mengulangi/menggandakan frasa nama setara untuk menunjukkan makna jamak. Contoh:
a. Periuk-periuk belanga itu kelihatan seperti
baru setelah digilap. (X)
b. Periuk- belanga itu kelihatan seperti
baru setelah digilap. (√)
3. Kesalahan menggandakan kata
nama dalam ayat apabila kata adjektifnya telah digandakan. Contoh:
a. Baju-baju itu besar-besar belaka.
(X)
b. Baju itu besar-besar belaka.
(√)
4. Kesalahan menyertakan
katasal i ng kepada kata ganda menyaling dalam ayat.
Contoh:
a. Mereka saling caci-mencaci.
(X)
b. Mereka caci
-mencaci. (√)
5. Kesalahan menyertakan kata
penguat kepada kata ganda berima untuk menyatakan maksud darjah tertinggi.
Contoh:
a. Mary ditegur oleh Cikgu
Yati kerana rambutnya kelihatan sangat kusut-masai. (X)
b. Mary ditegur oleh Cikgu
Yati kerana rambutnya kelihatan kusut -masai. (√)
c. Sayur itu kelihatan
sungguh segar-bugar. (X)
d. Sayur itu kelihatan segar-bugar.
(√)
6. Kesalahan menyertakan kata
bilangan kepada kata ganda berima yang kata dasarnya terdiri daripada
kata nama.
Contoh:
a. Semua kuih-muih itu
dijualnya di pasar malam. (X)
b. Kuih-muih itu dijualnya di
pasar malam. (√)
No comments:
Post a Comment